Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013



Bahan-bahan:

1 ekor Pari

** 2 biji bawang merah

** 1 biji bawang putih

** 1/2 inci kunyit hidup

Sedikit belacan

Gula

Garam

Daun pisang - untuk balut ikan ketika bakar.


Cara-cara Penyedian

1.Tumbuk semua bahan-bahan ** sehingga lumat.

2.Satukan semua bahan tumbuk bersama belacan, gula dan garam.

3.Sapukan bahan-bahan diatas ikan pari dan perap seketika.

4.Balutkan ikan Pari yg diperap tadi dengan daun pisang.

5.Bakar di atas kuali leper dengan api perlahan - Bakar 5 minit dan balikkan.

6.Sedia untuk dihidang.

Monday, December 9, 2013



Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )

1 kg mee kuning ( di celur dan di toskan )

10 tangkai cili kering ( buang biji, rebus dan toskan )

1 labu bawang putih ( diketuk )

5 biji bawang merah

½ cawan udang kering ( direbus dengan secawan air )

½ cawan udang hidup

1 cawan daging ( dipotong nipis dan direbus )

Sawi ( potong anggaran 1 inci )

Kobis ( hiris kasar )

1/2 cawan gula pasir

4 cawan air rebusan daging

1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Daun bawang & daun sadri ( jika suka )

***Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.


Cara-cara Penyediaan

1.Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, serta gula, bawang putih & bawang merah.

2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali.

3.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

4.Masukkan sos tiram, udang, daging rebus, batang sawi ,bahan-bahan sampingan dan air rebusan daging dan garam.

5.Masak hingga kesemua bahan empuk dan biar sehingga pekat.

6.Akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.

7.Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri

8.Dah siap..


Bahan-bahan

2 cawan taugeh

5 batang kacang botor

1 biji bawang besar

1 biji cili merah

1/2 cawan udang kering

1 cawan isi kerang rebus

jus limau nipis secukupnya

sedikit belacan

kerisik secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

** Kalau nak pedas boleh tambah cili lagi..ikut citarasa masing-masing.**


Cara-cara Pemyediaan

1.Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis, kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .

2.Mayang bawang besar nipis-nipis dan diketepikan dulu .

3.Kemudian tumbuk udang kering dengan belacan bersama  cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.

4.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata .Gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.

5.Anda boleh tambah bahan-bahan ulam kesukaan anda.selamat mencuba..


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan-bahan Pes :

1/2 Cawan kacang tanah

1 genggam kacang dhal

150g cili kering

100g udang kering geragau/kepal

1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)

air asam jawa

garam secukupnya

minyak masak


Bahan mee :

2 cekak mee kuning

1 cekak taugeh

1 btg sayur sawi

1 biji telur

2 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (diketuk)

2 sb kicap cair

cucur udang

ubi kentang rebus

tauhu goreng

limau nipis

bawang goreng

1 sb air garam (jika mahu)


Cara-cara Penyediaan

Untuk pes :

1.Goreng bahan-bahan pes di atas bersama minyak dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.

2.Sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dengan air.

3.Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sampai pecah minyak,kemudian masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.

4.Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mee kuning dah masin.

Untuk mee :

1.Panaskan kuali, masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga naik baunya.

2.Masukkan 2sb pes anda masak tadi,kalau nak pedas  boleh lebihkan pes tu .kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.

3.Bila sawi sudah layu, masukkan dengan segera mee kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah)

4.Masak dgn api yang kuat, kalau nak mee anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul sebati.

5.Bila mee dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mee anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mee seketika dalam 30 saat.

6.Kuatkan api semula dan kacau mee dgn telur.Kacau sehingga sebati dan tutup api.

7.Akhir sekali angkat mee dan hiaskan dengan hirisan cili,taburan bawang goreng,hirisan limau nipis dan kacang tanah tumbuk (jika mahu ).

8.sudah siap..

Friday, December 6, 2013

Bahan-bahan


300 gm makaroni

250 gm daging cincang ( Ayam pun boleh )

4 biji telur ( Dipukul kembang )

3 sudu rempah kari

2 bawang besar

1 gelas susu segar

1 cawan air

Sedikit keju parut

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis


Cara-cara Penyediaan


1.Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari hingga naik bau.

3.Masukkan daging/ayam dan kacau rata sehingga daging/ayam masak.

4.Kemudian masukkan susu segar, garam dan gula. Digaul hingga sebati.

5.Masukkan pula makaroni dan air, dan di kacau lagi sehingga mendidih.

6.Selepas itu tuangkan adunan makaroni tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak.

7.Akhir sekali tuangkan telur dan taburkan keju di atas makaroni.

8. Dan  dibakar selama 45 minit pada suhu 180 °C.

9.Dah siap..


Bahan-bahan


2 Ketul isi ayam ( Dipotong kecil )

2 Inci halia ( Dihiris )

3 ulas bwg putih ( Di tumbuk )

5 sudu sos tiram

garam

minyak


Cara-cara Penyediaan

1.Tumis bawang putih dan halia sampai wangi.

2.Masukkan isi ayam, masak sampai menjadi separuh masak.

3.Kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata.

4.Tambahkan sedikit air kalau nak berkuah.

5.Akhir sekali, taburkan garam secukup rasa.Dan kacau hingga sebati.

6.Sudah siap untuk dihidang.

Thursday, December 5, 2013



Bahan-bahan A:

1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci

2 batang serai dititik

2 cawan pati santan

2 Cawan air

3 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit diracik halus

4 helai daun limau purut (ikut suka)

3 keping asam gelugor

1 sudu besar gula pasir (ikut suka)

1 sudu besar gula merah atau gula perang (ikut suka)

1 sudu kecil perisa

Garam secukup rasa


Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):

4 sudu besar cili kering yang telah dikisar

5 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)

2 biji bawang besar

3 inci halia

2 inci lengkuas

3 inci kunyit hidup

2 batang serai

2 biji buah keras


Cara-cara Penyediaan

1.Perapkan daging selama lebih kurang 20 minit bersama dengan bahan-bahan B yang telah dikisar.

2.Sediakan kuali yang besar (ikut kesesuaian), masukkan daging yang telah diperap bersama santan dan serai yang dititik.

3.Masak sehingga daging empuk. Kalau daging masih belum empuk,boleh tambahkan air.

4.Selepas daging empuk, masukkan garam, gula, perisa, dan asam gelugor dan kacau hingga rata.

5.Tutupkan kuali dan masak sehingga kuah hampir pekat.

6.Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut.

7.Kemudian kacau sehingga kerisik sebati dengan kuah.Biar hingga masak dan tutup api.Masa ini kita akan bau aromanya yang enak dan wangi.

8.Siap sudah...


Bahan-bahan (Untuk 4-5 Orang)


1 ekor ayam ( Dipotong kecil )

2 biji bawang besar ( Hiris bulat )

4 biji bawang putih ( Ditumbuk )

2-3 sb lada hitam biji ( Ditumbuk bersama bawang putih )

3/4 cawan kicap masin

1/2 cawan kicap manis

1/2 cawan sos tomato

1 cawan air

Minyak masak


Bahan untuk menumis

kayu manis

Bunga lawang

Bunga cengkih

Buah pelaga


Cara-cara Penyediaan

1.Goreng ayam hingga masak,tapi jangan terlalu garing dan diketepikan dahulu.

2.Tumis kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dengan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi..tumis hingga naik bau wanginya.

3.Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada hitam. Tumis lagi sebentar hingga bawang besar layu.

3.Kemudian masukkan kicap masin,kicap manis,sos tomato dan air...kacau hingga sebati.

4.Selepas itu masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan digaul rata.

5.Masak lagi selama 5 minit..sehingga kuahnya semakin pekat.

6.Tutup api dan siap untuk dihidang.


Bahan-bahannya

4 Ekor sotong saiz sederhana (Dipotong)

5 sudu besar cili kisar

4 biji bawang kecil @ 1 biji bawang besar saiz kecil

2 ulas bawang putih

2 inci belacan (Tak letak pun takpe)

secubit garam

1/2 sudu besar gula

sedikit petai (Dibuang kulit dan dipotong)

1/2 sudu besar gula merah

1/2 biji bawang besar ( dihiris )

sedikit air asam jawa

4 Sudu besar minyak masak


Cara-cara Penyediaan

1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu sehinga lumat,dan ketepikan dulu.

2 Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi,

3.Masukkan cili kisar dan juga sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan petai. Kacau hingga sebati. Masukkan juga 1/2 cawan air.(jika perlu)

4. Setelah petai agak empuk, baru masukkan sotong, biarkan mendidih dan sotong masak sepenuhnya,

5.Kemudian, masukkan air asam jawa dan gula merah,gaul sebati dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam.

6.Akhir sekali baru masukkan hirisan bawang besar, kacau lagi sehingga semua bahan sebati,  setelah bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat menjamu selera.



Bahan-bahan:

400 gm ikan patin (Dipotong dan dibersihkan)

20 gm tempoyak

10 gm cili padi (dikisar)

3 batang bunga kantan

3 batang serai (dititik)

5 helai daun kesum

3 sm halia

5 gm asam keping

20 gm bawang merah (dikisar)

500ml air

gula dan garam secukup rasa

minyak masak


Cara-cara Penyediaanya

1.Panaskan minyak didalam periuk, tumis bawang, cili padi dan halia buat seketika.

2.Kemudian masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum hingga naik bau.

3.Selepas itu tambahkan air, tempoyak dan asam keping, kacau sehingga rata dan semua bahan sebati.

4.Setelah itu masukkan ikan patin yang dipotong-potong tadi,dikacau dan biarkan seketika.

5.Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya, kacau dan biarkan sehingga ikan patin masak.

6.Tutup api dan siap untuk dihidang.

Monday, December 2, 2013




Bahan-bahan (5 orang makan)


1/2 ekor ayam (Dipotong ikut suka)

Minyak masak (Untuk menumis)

1 Batang serai dititik

250ml Santan pekat

250ml Santan cair

1 Keping asam gelugor

Garam secukup rasa

Bahan-bahan Ditumbuk

25 biji cili api

1 ulas bawang besar

1 ulas bawang putih

2.5cm halia

1cm kunyit hidup


Cara-cara Penyediaannya

1.Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2.Kacau rata sehingga pecah minyak.

3.Selepas itu masukkan serai yang dititik dan asam gelugor. Kacau seketika.

4.Kemudian masukkan santan cair dan kacau lagi sehingga mendidih.

5.Kemudian  baru masukkan santan pekat. Gaul rata.

6.Akhir sekali masukkan ayam dan taburkan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga mendidih dan ayam masak.

7.Sudah siap untuk dihidang...

Saturday, November 30, 2013



Bahan-bahan (Untuk 4-5 orang)

8 ekor ikan keli (saiz sederhana)

*15 bijik cili merah

*1 bijik bawang besar

*5 ulas bawang putih

1 sudu teh pes asam jawe

1 cawan air biasa

5 bijik cili padi (nak pedas tumbuk cili tu)

1 bijik bawang besar - dipotong bulat utk hiasan

garam & gula secukup rasa


Cara-cara Penyediaanya

1.Ikan keli digoreng sedikit garing bersama kunyit dan garam. Ketepikan dulu

2.Kisarkan bahan2 yang bertanda * , dan tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.

3.Masukkan pes asam jawa dan air, kacau rata. Biarkan seketika sehingga sambal sedikit kering.

4.Masukkan garam dan gula secukupnya.

5.Apabila sambal kelihatan kering, masukkan cili padi dan ikan keli. Gaul sehingga ikan keli rata dengan sambal.

6.Akhir sekali,masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata lagi...

7.siap sudah..


Bahan-bahan (untuk 5-6 Orang)


1 ekor ayam (Dipotong ikut suka)

2 cawan sos tomato

1/2" kulit kayu manis

4-5 kuntum bunga cengkih

3-4 kuntum bunga lawang

4-5 buah pelaga

2-3 genggam kacang peas segar(Direbus ndan ditoskan)

1 cawan pati santan

Sedikit kacang tanah (Digoreng,dibuang kulit dan ditumbuk)

Sedikit garam

Sedikit gula

1 Senduk minyak masak untuk menumis


Bahan-bahan yang ditumbuk

*7 cili merah segar

*7 cili kering

*halia sebesar ibu jari kaki

*1 biji bawang besar

*4-5 ulas bawang putih

2 sb serbuk rempah kosong

**4 sb biji rempah

**2 sb jintan manis

**2 sk jintan putih

**1 sk biji lada hitam

***(Suka pedas lebihkan cili)***

Cara-cara Penyediaan

1.Potong ayam, basuh, toskan, kemudian garam dan kunyitkan ayam secukupnya,

2.goreng ayam dan ketepikan

3.Panaskan minyak,tumis kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,dan buah pelaga masak hingga garing.

4.Masukkan bahan-bahan tumbuk *,goreng lagi sampai garing.kemudian masukkan pula rempah dan bahan-bahan tumbuk ** tadi masak hingga garing dan naik bau.

5.Masukkan pula pati santan,sos tomato,kacang tanah,garam dan gula secukup rasa.

6.Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan masak seketika.

7.Akhir sekali baru taburkan kacang peas yang telah direbus,gaul rata hingga menjadi sedikit pekat....

8.Siap untuk dihidang...







Bahan-bahan (Untuk 2-3 orang)

Ayam (sebelah/setengah)

1 biji bawang besar

2-3 ulas bawang putih

1 inci halia

2-3 sudu besar sos tiram

3-4 sudu besar kicap

2-3 sudu besar sos lada hitam

2 sudu besar madu

1 sudu besar serbuk lada hitam

Garam secukupnya

***(kepedasan ikut citarasa..yang suka pedas boleh tambah lagi ye..)


Cara-cara Penyediaan

1.Bawang besar,bawang putih dan halia dikisar.

2.Kemudian bahan kisar dicampurkan dengan sos tiram,kicap,sos lada hitam,madu,serbuk lada
hitam dan garam.

3.Gaul sebati kemudian rasa dulu,kalau semua dah ok baru gaulkan dengan ayam.

4.Perap selama 1 jam atau lebih,kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 180'c selama 1 jam/hingga ayam masak.

***(Lebihan sos perapan ayam jangan dibuang,boleh dimasak sampai pekat dan boleh dituang @ dilumur diatas ayam bila ayam 3/4 masak)***

5.Nyammm......nyammmm....Selamat mencuba..





Bahan-bahan (Untuk 6-7 orang)

8 tangkai kacang panjang, hiris serong

2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sekejap pun boleh)

50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut

1 batang lobak merah dipotong panjang 2 inci

1 biji sengkuang dipotong panjang 2 inci

3 keping tempe, dipotong kiub

1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil

1 biji kentang saiz besar dipotong kiub

1200 ml santan cair

400 ml pati santan

Air jika perlu

1 cekak soo hoon, kerat pendek2

2 batang serai, dititik

1/2 inci lengkuas, diketuk

1 kiub pati ikan bilis

3/4 camca teh serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan Kisar Halus

1 biji bawang besar

4 biji bawang putih

3 ulas bawang putih

2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan


Bahan-bahan Sampingan

Nasi impit @ ketupat

Sambal tumis @ sambal kacang

Telur rebus, dibelah dua


Cara-cara Penyediaan

1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum.

2.Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit.Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

3.Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang.Kacau rata dan tuang santan cair.Biar mendidih.

4.Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kuah kurang boleh tambah sedikit air.

5.Biarkan mendidih.

6.Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya

7.Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

8.Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit,sambal tumis dan telur rebus....

CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 org )

1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu

15 ekor udang (sedang)

3 ulas bawang putih ( ditumbuk)

3 ulas bawang merah ( ditumbuk)

1 sudu besar cilibo (suka pedas boleh tambah lagi)

1 ikat sawi hijau

1 potong kobis

1/2 batang lobak merah

1 bungkus ‘baby corn’

2 tangkai daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

Sos cili dan sos tomato 

Kicap

1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air


Cara-cara penyediaan

1.Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.(kalau air kurang boleh tambah lagi)

2.Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. 

3.Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.

4.Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.

5.Kemudian tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.Sambil dikacau.

6.Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau lagi.

7.Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.

8.Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

*** Jangan terlalu banyak memasukkan air untuk mengelakkan kuah hailam menjadi terlalu cair.

Friday, November 29, 2013


Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang )


1 paket besar mee kuning

1 ikat sawi

1/2 kg udang (saiz udang ikut suka)

3 sudu besar sos tomato

5 sudu besar sos cili

1 1/2 sudu besar sos tiram

1 biji telur saiz A

3 liter air

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

minyak masak

garam dan gula

3 sudu besar cili kisar 

Bahan Hidangan

Telur rebus

bawang goreng

cili potong

hirisan daun bawang

Cara-cara Penyediaan

1.Rebus udang dgn 3 liter air dlm periuk sampai mendidih.Kemudian tutup api dan biarkan..

2.kisar bawang merah dan bawang putih,panaskan minyak dalam kuali dan tumis sehingga garing sedikit dan naik bau..

3.masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing..

4.campurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama secawan air gaul dan masukkan ke dalam tumisan yang telah garing, gaul rata dan biarkan mendidih.

5.pecahkan sebiji telur dan gaul rata supaya kuah pekat, biarkan mendidih sekali lagi.

6.setelah mendidih tuangkan ke dalam periuk berisi rebusan udang tadi dan letak kembali ke atas api, masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.

7.didihkan air dan celur sawi, toskan.. jgn buang air rebusan td sebalik nya celurkan pula mi kuning yang telah di cuci bersih dan toskan.

8.bila kuah dah menggelegak, boleh hidangkan dengan mi bersama cili potong, hirisan daun bawang,telur rebus dan bawang grg...

9.dah siap.........

Thursday, November 28, 2013




Bahan-bahan (untuk 7-8orang )

sebungkus laksa direbus dan toskan

1kg ikan kembung/ selayang

2 liter air

3 biji bawang merah

belacan sebesar ibu jari

6 sudu besar cili boh (suka pedas boleh lebihkan cili)

4 keping asam keping

1 bunga kantan dibelah empat

seikat daun kesum

secubit garam

sedikit minyak untuk tumis

Ulam/bahan hiasan

timun

bawang besar

cili merah

telur rebus

Cara-cara penyediaannya

1.rebuskan ikan dengan 2liter air.

2.asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis,bersama belacan

dan bawang..

3.panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran
tadi..

4.sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan
tapisan air rebusan ikan dalam periuk..

5.masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..

6.perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..

7.setelah masak,siap untuk dihidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..


Bahan-bahan (untuk 5-6 org)

3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)

7 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)

2 biji cili merah

5 ulas bawang kecil

2 keping asam keping

1/2 paket serbuk kari ikan

belacan(sebesar ibu jari tangan)

segenggan daun kesum

setangkai bunga kantan

sebiji timun (potong menyerong)

garam dan bahan perasa

2 mangkuk air


Cara-cara Penyediaan

1.kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang

2.masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak

3.kemudian masukkan asam keping

4.selepas itu tambahkan air dan masukkan ikan pari

5.masukkan daun kesum dan bunga kantan

6.tambah garam dan perasa

7.potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas

8.akhir sekali biar asam pedas mendidih sehingga ikan dan timun masak

9.siap untuk dihidangkan

Tuesday, November 26, 2013



Bahan-bahan ( untuk 5-6 orang makan )

Bahan Untuk Dikisar

8 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 cawan udang kering (direndam)

1 cawan rempah kari daging

Santan dari sebiji kelapa (kalau tak suka lemak boleh kurangkan)

1 ibu jari halia dan lengkuas – dititik

2 batang serai – dititik

2 keping asam keping

Garam dan gula secukup rasa

600g kaki ayam @ gantikan dengan daging (direbus daging dan boleh ambil airnya) kalau tak suka kaki ayam

10 ekor udang sederhana @ besar – rebus kepala, kisar dan tapis rebusan airnya

Fish ball/fishcake serta tauhu sponge yang dah di goreng

Mee kuning

Tauge dan Sawi dicelur

Kerang – rebus dan ambil isinya

Bahan Untuk Hiasan

Telur rebus

daun sup dan daun bawang

bawang goreng

limau kasturi

daun pudina boleh ditambah untuk rasa lebih segar

cara-cara penyediaan

1.Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.

2.Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air, serta halia,lengkuas dan serai.

3.Bila dah pecah minyak masukkan kaki ayam dan teruskan masak.

4.Masukkan air rebusan udang dan biar ia mendidih.

5.Kemudian masukkan santan dan biar hingga merenih. Masukkan fish ball dan udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6.Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng.

Kari ni di makan bersama mee kuning, kerang, telur, taburan bawang goreng,sawi, tauge dan hirisan daun sup dan daun bawang (saya lebih suka letak daun pudina sebab rasa lebih segar). Perahkan limau kasturi sebelum makan untuk menambah aroma yang segar