Tuesday, December 10, 2013



Bahan-bahan:

1 ekor Pari

** 2 biji bawang merah

** 1 biji bawang putih

** 1/2 inci kunyit hidup

Sedikit belacan

Gula

Garam

Daun pisang - untuk balut ikan ketika bakar.


Cara-cara Penyedian

1.Tumbuk semua bahan-bahan ** sehingga lumat.

2.Satukan semua bahan tumbuk bersama belacan, gula dan garam.

3.Sapukan bahan-bahan diatas ikan pari dan perap seketika.

4.Balutkan ikan Pari yg diperap tadi dengan daun pisang.

5.Bakar di atas kuali leper dengan api perlahan - Bakar 5 minit dan balikkan.

6.Sedia untuk dihidang.

Monday, December 9, 2013



Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )

1 kg mee kuning ( di celur dan di toskan )

10 tangkai cili kering ( buang biji, rebus dan toskan )

1 labu bawang putih ( diketuk )

5 biji bawang merah

½ cawan udang kering ( direbus dengan secawan air )

½ cawan udang hidup

1 cawan daging ( dipotong nipis dan direbus )

Sawi ( potong anggaran 1 inci )

Kobis ( hiris kasar )

1/2 cawan gula pasir

4 cawan air rebusan daging

1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Daun bawang & daun sadri ( jika suka )

***Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.


Cara-cara Penyediaan

1.Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, serta gula, bawang putih & bawang merah.

2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali.

3.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

4.Masukkan sos tiram, udang, daging rebus, batang sawi ,bahan-bahan sampingan dan air rebusan daging dan garam.

5.Masak hingga kesemua bahan empuk dan biar sehingga pekat.

6.Akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.

7.Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri

8.Dah siap..


Bahan-bahan

2 cawan taugeh

5 batang kacang botor

1 biji bawang besar

1 biji cili merah

1/2 cawan udang kering

1 cawan isi kerang rebus

jus limau nipis secukupnya

sedikit belacan

kerisik secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

** Kalau nak pedas boleh tambah cili lagi..ikut citarasa masing-masing.**


Cara-cara Pemyediaan

1.Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis, kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .

2.Mayang bawang besar nipis-nipis dan diketepikan dulu .

3.Kemudian tumbuk udang kering dengan belacan bersama  cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.

4.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata .Gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.

5.Anda boleh tambah bahan-bahan ulam kesukaan anda.selamat mencuba..


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan-bahan Pes :

1/2 Cawan kacang tanah

1 genggam kacang dhal

150g cili kering

100g udang kering geragau/kepal

1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)

air asam jawa

garam secukupnya

minyak masak


Bahan mee :

2 cekak mee kuning

1 cekak taugeh

1 btg sayur sawi

1 biji telur

2 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (diketuk)

2 sb kicap cair

cucur udang

ubi kentang rebus

tauhu goreng

limau nipis

bawang goreng

1 sb air garam (jika mahu)


Cara-cara Penyediaan

Untuk pes :

1.Goreng bahan-bahan pes di atas bersama minyak dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.

2.Sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dengan air.

3.Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sampai pecah minyak,kemudian masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.

4.Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mee kuning dah masin.

Untuk mee :

1.Panaskan kuali, masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga naik baunya.

2.Masukkan 2sb pes anda masak tadi,kalau nak pedas  boleh lebihkan pes tu .kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.

3.Bila sawi sudah layu, masukkan dengan segera mee kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah)

4.Masak dgn api yang kuat, kalau nak mee anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul sebati.

5.Bila mee dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mee anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mee seketika dalam 30 saat.

6.Kuatkan api semula dan kacau mee dgn telur.Kacau sehingga sebati dan tutup api.

7.Akhir sekali angkat mee dan hiaskan dengan hirisan cili,taburan bawang goreng,hirisan limau nipis dan kacang tanah tumbuk (jika mahu ).

8.sudah siap..

Friday, December 6, 2013

Bahan-bahan


300 gm makaroni

250 gm daging cincang ( Ayam pun boleh )

4 biji telur ( Dipukul kembang )

3 sudu rempah kari

2 bawang besar

1 gelas susu segar

1 cawan air

Sedikit keju parut

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis


Cara-cara Penyediaan


1.Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari hingga naik bau.

3.Masukkan daging/ayam dan kacau rata sehingga daging/ayam masak.

4.Kemudian masukkan susu segar, garam dan gula. Digaul hingga sebati.

5.Masukkan pula makaroni dan air, dan di kacau lagi sehingga mendidih.

6.Selepas itu tuangkan adunan makaroni tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak.

7.Akhir sekali tuangkan telur dan taburkan keju di atas makaroni.

8. Dan  dibakar selama 45 minit pada suhu 180 °C.

9.Dah siap..