Friday, December 6, 2013

Bahan-bahan


300 gm makaroni

250 gm daging cincang ( Ayam pun boleh )

4 biji telur ( Dipukul kembang )

3 sudu rempah kari

2 bawang besar

1 gelas susu segar

1 cawan air

Sedikit keju parut

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis


Cara-cara Penyediaan


1.Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari hingga naik bau.

3.Masukkan daging/ayam dan kacau rata sehingga daging/ayam masak.

4.Kemudian masukkan susu segar, garam dan gula. Digaul hingga sebati.

5.Masukkan pula makaroni dan air, dan di kacau lagi sehingga mendidih.

6.Selepas itu tuangkan adunan makaroni tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak.

7.Akhir sekali tuangkan telur dan taburkan keju di atas makaroni.

8. Dan  dibakar selama 45 minit pada suhu 180 °C.

9.Dah siap..

Tagged: , , , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment