Monday, December 2, 2013




Bahan-bahan (5 orang makan)


1/2 ekor ayam (Dipotong ikut suka)

Minyak masak (Untuk menumis)

1 Batang serai dititik

250ml Santan pekat

250ml Santan cair

1 Keping asam gelugor

Garam secukup rasa

Bahan-bahan Ditumbuk

25 biji cili api

1 ulas bawang besar

1 ulas bawang putih

2.5cm halia

1cm kunyit hidup


Cara-cara Penyediaannya

1.Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2.Kacau rata sehingga pecah minyak.

3.Selepas itu masukkan serai yang dititik dan asam gelugor. Kacau seketika.

4.Kemudian masukkan santan cair dan kacau lagi sehingga mendidih.

5.Kemudian  baru masukkan santan pekat. Gaul rata.

6.Akhir sekali masukkan ayam dan taburkan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga mendidih dan ayam masak.

7.Sudah siap untuk dihidang...

Tagged: , , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment