Bahan-bahan ( 2 orang makan )
Bahan-bahan Pes :
1/2 Cawan kacang tanah
1 genggam kacang dhal
150g cili kering
100g udang kering geragau/kepal
1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)
air asam jawa
garam secukupnya
minyak masak
Bahan mee :
2 cekak mee kuning
1 cekak taugeh
1 btg sayur sawi
1 biji telur
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sb kicap cair
cucur udang
ubi kentang rebus
tauhu goreng
limau nipis
bawang goreng
1 sb air garam (jika mahu)
Cara-cara Penyediaan
Untuk pes :
1.Goreng bahan-bahan pes di atas bersama minyak dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.
2.Sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dengan air.
3.Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sampai pecah minyak,kemudian masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.
4.Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mee kuning dah masin.
Untuk mee :
1.Panaskan kuali, masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga naik baunya.
2.Masukkan 2sb pes anda masak tadi,kalau nak pedas boleh lebihkan pes tu .kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.
3.Bila sawi sudah layu, masukkan dengan segera mee kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah)
4.Masak dgn api yang kuat, kalau nak mee anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul sebati.
5.Bila mee dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mee anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mee seketika dalam 30 saat.
6.Kuatkan api semula dan kacau mee dgn telur.Kacau sehingga sebati dan tutup api.
7.Akhir sekali angkat mee dan hiaskan dengan hirisan cili,taburan bawang goreng,hirisan limau nipis dan kacang tanah tumbuk (jika mahu ).
8.sudah siap..






0 comments:
Post a Comment