Bahan-bahan:
400 gm ikan patin (Dipotong dan dibersihkan)
20 gm tempoyak
10 gm cili padi (dikisar)
3 batang bunga kantan
3 batang serai (dititik)
5 helai daun kesum
3 sm halia
5 gm asam keping
20 gm bawang merah (dikisar)
500ml air
gula dan garam secukup rasa
minyak masak
Cara-cara Penyediaanya
1.Panaskan minyak didalam periuk, tumis bawang, cili padi dan halia buat seketika.
2.Kemudian masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum hingga naik bau.
3.Selepas itu tambahkan air, tempoyak dan asam keping, kacau sehingga rata dan semua bahan sebati.
4.Setelah itu masukkan ikan patin yang dipotong-potong tadi,dikacau dan biarkan seketika.
5.Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya, kacau dan biarkan sehingga ikan patin masak.
6.Tutup api dan siap untuk dihidang.






0 comments:
Post a Comment