Bahan-bahan A:
1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci
2 batang serai dititik
2 cawan pati santan
2 Cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
4 helai daun limau purut (ikut suka)
3 keping asam gelugor
1 sudu besar gula pasir (ikut suka)
1 sudu besar gula merah atau gula perang (ikut suka)
1 sudu kecil perisa
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 biji buah keras
Cara-cara Penyediaan
1.Perapkan daging selama lebih kurang 20 minit bersama dengan bahan-bahan B yang telah dikisar.
2.Sediakan kuali yang besar (ikut kesesuaian), masukkan daging yang telah diperap bersama santan dan serai yang dititik.
3.Masak sehingga daging empuk. Kalau daging masih belum empuk,boleh tambahkan air.
4.Selepas daging empuk, masukkan garam, gula, perisa, dan asam gelugor dan kacau hingga rata.
5.Tutupkan kuali dan masak sehingga kuah hampir pekat.
6.Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut.
7.Kemudian kacau sehingga kerisik sebati dengan kuah.Biar hingga masak dan tutup api.Masa ini kita akan bau aromanya yang enak dan wangi.
8.Siap sudah...





0 comments:
Post a Comment