Thursday, November 28, 2013



Bahan-bahan (untuk 5-6 org)

3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)

7 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)

2 biji cili merah

5 ulas bawang kecil

2 keping asam keping

1/2 paket serbuk kari ikan

belacan(sebesar ibu jari tangan)

segenggan daun kesum

setangkai bunga kantan

sebiji timun (potong menyerong)

garam dan bahan perasa

2 mangkuk air


Cara-cara Penyediaan

1.kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang

2.masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak

3.kemudian masukkan asam keping

4.selepas itu tambahkan air dan masukkan ikan pari

5.masukkan daun kesum dan bunga kantan

6.tambah garam dan perasa

7.potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas

8.akhir sekali biar asam pedas mendidih sehingga ikan dan timun masak

9.siap untuk dihidangkan

Tagged: , , , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment