Thursday, December 5, 2013



Bahan-bahan (Untuk 4-5 Orang)


1 ekor ayam ( Dipotong kecil )

2 biji bawang besar ( Hiris bulat )

4 biji bawang putih ( Ditumbuk )

2-3 sb lada hitam biji ( Ditumbuk bersama bawang putih )

3/4 cawan kicap masin

1/2 cawan kicap manis

1/2 cawan sos tomato

1 cawan air

Minyak masak


Bahan untuk menumis

kayu manis

Bunga lawang

Bunga cengkih

Buah pelaga


Cara-cara Penyediaan

1.Goreng ayam hingga masak,tapi jangan terlalu garing dan diketepikan dahulu.

2.Tumis kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dengan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi..tumis hingga naik bau wanginya.

3.Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada hitam. Tumis lagi sebentar hingga bawang besar layu.

3.Kemudian masukkan kicap masin,kicap manis,sos tomato dan air...kacau hingga sebati.

4.Selepas itu masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan digaul rata.

5.Masak lagi selama 5 minit..sehingga kuahnya semakin pekat.

6.Tutup api dan siap untuk dihidang.


Bahan-bahannya

4 Ekor sotong saiz sederhana (Dipotong)

5 sudu besar cili kisar

4 biji bawang kecil @ 1 biji bawang besar saiz kecil

2 ulas bawang putih

2 inci belacan (Tak letak pun takpe)

secubit garam

1/2 sudu besar gula

sedikit petai (Dibuang kulit dan dipotong)

1/2 sudu besar gula merah

1/2 biji bawang besar ( dihiris )

sedikit air asam jawa

4 Sudu besar minyak masak


Cara-cara Penyediaan

1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu sehinga lumat,dan ketepikan dulu.

2 Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi,

3.Masukkan cili kisar dan juga sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan petai. Kacau hingga sebati. Masukkan juga 1/2 cawan air.(jika perlu)

4. Setelah petai agak empuk, baru masukkan sotong, biarkan mendidih dan sotong masak sepenuhnya,

5.Kemudian, masukkan air asam jawa dan gula merah,gaul sebati dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam.

6.Akhir sekali baru masukkan hirisan bawang besar, kacau lagi sehingga semua bahan sebati,  setelah bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat menjamu selera.



Bahan-bahan:

400 gm ikan patin (Dipotong dan dibersihkan)

20 gm tempoyak

10 gm cili padi (dikisar)

3 batang bunga kantan

3 batang serai (dititik)

5 helai daun kesum

3 sm halia

5 gm asam keping

20 gm bawang merah (dikisar)

500ml air

gula dan garam secukup rasa

minyak masak


Cara-cara Penyediaanya

1.Panaskan minyak didalam periuk, tumis bawang, cili padi dan halia buat seketika.

2.Kemudian masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum hingga naik bau.

3.Selepas itu tambahkan air, tempoyak dan asam keping, kacau sehingga rata dan semua bahan sebati.

4.Setelah itu masukkan ikan patin yang dipotong-potong tadi,dikacau dan biarkan seketika.

5.Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya, kacau dan biarkan sehingga ikan patin masak.

6.Tutup api dan siap untuk dihidang.

Monday, December 2, 2013




 Bahan-bahan ( untuk 6 org makan)


 6 ekor ikan kembung digoreng (ikut suka nak ikan apa)

 1 biji timun dipotong memanjang

 1 biji tomato dibelah 4

 1 btg serai diketuk

 1 labu bwg besar dipotong bulat

 1/2 inci halia dihiris

 2 sudu besar taucu

 1 sudu teh pes asam jawa adabi

 1 sudu makan kicap manis

 1 biji cili merah dipotong ( kalau suka pedas boleh tambah cili padi)


Cara-cara Penyediaanya

1.Panaskan 2 sudu minyak masak,masukkan bawang besar dan halia.

2.Kacau sekejap biar bawang layu, masukkan taucu, asam jawa dan 2 cawan air(kalau nak banyak kuah tambahkan air je),biar mendidih.

3.Masukkan timun dan serai.

4.Agak-agak timun dah masak, masukkan cili potong, cili padi, tomato dan ikan goreng.

5.Kemudian masukkan kicap,kacau hingga sebati dan tutup api.

6.Siap sudah...



Bahan-bahan (5 orang makan)


1/2 ekor ayam (Dipotong ikut suka)

Minyak masak (Untuk menumis)

1 Batang serai dititik

250ml Santan pekat

250ml Santan cair

1 Keping asam gelugor

Garam secukup rasa

Bahan-bahan Ditumbuk

25 biji cili api

1 ulas bawang besar

1 ulas bawang putih

2.5cm halia

1cm kunyit hidup


Cara-cara Penyediaannya

1.Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2.Kacau rata sehingga pecah minyak.

3.Selepas itu masukkan serai yang dititik dan asam gelugor. Kacau seketika.

4.Kemudian masukkan santan cair dan kacau lagi sehingga mendidih.

5.Kemudian  baru masukkan santan pekat. Gaul rata.

6.Akhir sekali masukkan ayam dan taburkan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga mendidih dan ayam masak.

7.Sudah siap untuk dihidang...